Sunday, 9 June 2013

Malaysiaku dan semangat kecintaan


Tengah hari tu, Mira duduk dalam bas untuk balik ke rumah, bas ni lak satu hal, kena tunggu sampai penuh baru dia nak jalan, ada yang lena tidur sementara menunggu, ni yang paling membosankan, keluar ke kl atas urusan tertentu, kadang urusan tu tak lah sampai sejam, tapi menunggu bas unuk ke kl atau untuk balik semula , berjam-jam- memang buang masa.
Dalam masa kalut menunggu sambil memerhati perangai dan gelagat manusia di luar cermin bas usang , tiba-tiba hati Mira ditangkap oleh rasa sayu, sedih dan pilu bila Mira terdengar sesuatu dari penumpang di belakang Mira, Mira segera menoleh-aduhai... seorang wanita dari negara jiran dalam usia 30an dan anak lelakinya dalam usia 5 tahun, sang ibu mengajar anaknya menyanyikan lagu negara mereka kepada si kecil. hati Mira betul-betul tangkap sayu dengan semangat ... semangat cintakan negara yang sedang ditanamkan dalam jiwa anak itu walaupun anak itu lahir di Malaysia.
adakah ibu-ibu dimalaysia yang buat sebegini pada anak-anak mereka? termasuk saya sendiri,mereka hanya kenal lagu kebangsaan bila dah masuk kesekolah, waktu kecik nie  sebut sahaja lagu popular..pasti mereka tahu.

lalu Mira teringat tidak lama lagi... beberapa bulan lagi Malaysia menyambut kemerdekaan, terlalu pantasnya masa sekarang nie berlalu... lihatlah bagaimana kemajuan yang negara kita telah capai , memang mengkagumkan.
Menyebut tentang kemerdekaan, masih adakah masyarakat hari ini yang mempunyai semangat seperti mak-mak dan bapak-bapak kita yang sanggup mempertaruhkan harta benda dan semangat untuk menggapai kemerdekaan
ya.. semangat kemerdekaan yang nampaknya semakin hari semakin luntur dari jiwa anak-anak muda kita, kalau mereka ada semangat sayangkan negara, mereka tidak akan melakukan banyak perbuatan yang memburukkan nama negara kita nie, termasuk jugalah orang yang kononnya berjuang untuk kemakmuran negara tetapi mempunyai agenda untuk kepentingan sendiri dengan menentang semua kemudahan yang ada
kadang kita lemas dengan kaki-kaki komlen nie kan, mereka menikmati kemudahan, hidup dalam kemudahan itu, menikmati memakmuran dan mendapat faedah daripadanya namun tak sudah-sudah jugalah komplen, ada-ada sahaja yang tak kena, bagi Mira semua itu kerana semangat kemerdekaan dalam diri mereka langsung tak ada.

Bagaimanakah kita mahu menanamkan semangat kemerdekaan , semangat sayangkan negara kita pada diri anak-anak kita?
itulah sebenarnya tugas kita yang sangat berat dalam kemelut anak-anak kita yang semakin hanyut dengan kemodenan, kemewahan dan kemakmuran yang menyelebungi mereka. kemodenan, kemajuan tidak salah, tetapi bagaimanakah kita mahu membina semangat dalam diri anak-anak muda ini supaya kecintaan mereka kepada negara dapat terus tertanam dalam jiwa setiap anak bangsa , setiap warga dalam menuju ke arah satu malaysia. itulah tugas yang paling penting sekarang..


Sunday, 26 May 2013

KESETIAAN

sebenarnya gambar dan kisah ini sudah lama saya upload dalam fb dan ada pihak yang menciplak nya malah "dia" mengatakan dia sendiri yang berjumpa pasangan ini ( dalam tulisannya di FB) hanya tuhan yang tahu ..

saya menemui  pasangan ini ketika saya  bersama team Dato Aziz Singah dan anaknya Bob membuat penggambaran  tentang pebezaan adat minangkabau antara sumatera utara dan juga negeri sembilan , ketika saya sedang berehat di sebuah pekan kecil di payakumboh, saya terpandang pasangan ini, hati saya sangat hiba lalu mendekatinya...

Mulanya saya menjangkakan mereka berdua hanyalah peminta sedekah, bila saya hulurkan wang si isteri berkata.." kami bukan peminta bu.." kata si siteri dia membawa suaminya  berjalan  kerana dahulu sewaktu suami nya sihat , suaminya seing membawanya berjalan di pasar paya kumbuh ,

" sekarang dia sakit bu, giliran saya membawanya supaya dia tidak beku..." diletakkan suaminya meniarap diatas  tilam usang supaya  suaminya bisa sama memandang apa yang dia pandang,

bagitu setianya dan eratnya hubungan kasih sayang mereka... khususnya seorang isteri yang sanggup susah payah menarik suaminya di tengah kesebokan lalu lintas sedangkan suami  pulak kalau bini sakit terperaplah bini di rumah.... baru sakit lutut pun dah jauh di tinggal  di belakang...

bagi mereka yang hidup bersuami isteri hargailah perasaan dan hati maing-masing- bersamalah mencari redho Allah, semoga berpimpin tangan ke Jannah.


Tuesday, 21 May 2013


satu kenangan yg ingin ku kongsi...


Apa yang ingin ku kongsikan ini bukan bertujuan mahu memburokkan sesiapa, cuma sebagai satu pedoman dan tauladan kepada wanita lain bahawa sesusah-susah kita masih ramai di luar sana yang lebih susah dan payah dari kita.
Bekas suamiku dulu memangnya kaki perempuan, aku adalah isterinya yang ke 7, sebelum aku dah 6 kali dia kahwin. waktu aku  mula jumpa mak mertua, dia kata aku hanya akan tahan 3 tahun sahaja sebagai isteri anaknya kerana aku akan kalah dan tak mungkin tahan dengan perangainya.

Bagaimana pun aku bertahan selama 25 tahun. dan dia tidak berkahwin dgn perempuan lain, hanya sentiasa bertukar perempuan. mak mertua kata sebab utama aku bertahan kerana aku gila. betul jugak agaknya.

Apa yg aku lakukan hanyalah mengenali semua bekas isterinya, untuk bertanya apa sebabnya dia jadi seteruk itu, aku juga mengenali semua awek2nya, mana2 awek yg mulanya nak kahwin dgn dia ade yg sampai saat ini jadi macam saudara dengan aku. bagitu juga dengan bekas2 bini, sampai saat ini kami masih berkawan baik
x husben jenis yg berterus terang, tapi terlalu terang pun menyakitkan jiwa. tiap kali keluar rumah bila balik dia akan jadi type recorder-rewind balik semuanya yang terjadi termasuklah kalau dia dating dgn prm. tang mana dia pegang, kat mana dia cium semuanya di ceritakan, jiwa memanglah tenat, tapi terpaksa diam kerana malas nak gaduh x de faedahnya kerana bagiku lelaki jika dia memang nak buatbenda tak semenggah,  halang macam mana pun dia akan buat.

iktiar saya? saya basuh seluar dalam dia dengan air lada. rendam dalam air rendaman cili kering. pas tu bilas bersih. pas kering gosok elok2.bila dia kata nak g dating, aku bagilah seluar tu..gerenti dia akan cepat balik.x semat nak wat apa... walaupun kadang naik kaki tangannya. x kisah lah setidaknya terhindar gak dia dari buat x senonoh.

lelaki nie jangan seekali kita halang. dia akan lebih seronok nak buat. sebenarnya, lama-lama dia sudah hilang sikap gila perempuannya- hilang langsung walau masih ramai yang cuba itu ini...cuma tu lah..ade lah pulak lain2 perangai yang buat aku hilang kesabaran ...

apa yang ingin aku kongsikan disini adalah, sebagai wanita kita kena banyak bersabar dengan ekrenah lelaki bernama suami, seperti baru ini di ruangan tanyalah uztaz ade wanita mengeloh kerana suminya tidak pernah memanggil namanya , x pernah panggil sayang...saya rasa itu masih lagi baik kerana sepanjang saya bersuami, suami memanggil saya babu, amah, binatang...dan entah apa2 ikut sedap mulut sahaja.

jadi pada"seorang kawan" yang sedang dilanda masalah, sabarlah... tuhan sedang menguji anda, dan ujian anda itu tak seteruk yang saya hadapi, elakkan perceraian, seboleh mungkin. demi anak2 kerana saya tahu dan kenal suami and jauh lebih baik dari x husben walaupun mereka pernah berkawan.

sayangi anak2 anda yg masih kecil, kesilapannya hanya kecil, itu pun bukan kerana disengaja kan..biarlah kita jadi manusi pemaaf yang sedia memaafkan kesilapan orang lain kerana allah sudah tentu akan memberikan kita selaut kemaafan dan kebahagian atas kemurahan hati kita..insaallah

MILIK SIAPA FOODCOUD INI



Di sini dulu
wak Sarni menjual tempe
dari kacang kedele yang direndam
busuk baunya
di rebus guna kayu api
di bungkus dengan daun
berebut-rebut orang membeli
duitnya di simpan, nak hantar anak keluar negeri.

di sini dahulu
lek Misman menjual sate
saban malam mengipas bara
tiap pagi menggoreng dan menumbuk kacang
kerana sate ayam dan daging
jadi enak bila pandai meramu kuahnya
duitnya di tabung,cita-cita anaknya nak jadi doktor.

di sini juga
kak Bedah menjual nasi lemak
harum wangi bau pandannya
merah menyala sambal ikan bilisnya
telor dibelah dua
sebungkus mumbung hanya 50 sen harganya
duitnya di kumpul, harapannya moga anak jadi menteri.

di sini hari ini
ada foodcoud megah berdiri
wak Sarni, lek Misman dan kak Bedah
sudah tiada lagi
anak-anak mereka sudah bergaji tingggi
mereka lebih suka datang membeli
khazanah yang sepatutnya mereka warisi
dan tidak pernah pula bertanya
foodcoud ini milik siapa

asmira Suhadis.
Hulu langat


Wednesday, 1 May 2013

Monday, 12 November 2012

KISAH SEORANG PESARA

ketika aku sedang duduk santai ditepi replika  kuching di bandar Kucing Sarawak, tetina datang seprang lelaki china menyorong sebuah basikal, disandar kanbasikalnya di rimbun bunga dan dia mula menyelongkar tong sampah, dia dapat 2 tin kosong yang kemudiannya di injak-injak dan dimasukkan ke dalam beg plastik hitam yang di gantungkan di handle basikalnya,
ketika mahu berlalu, rengan mulut ku bertanya, mengapa awak buat  kerja ini. seketia dia merenung  aku.
katanya, inilah satu kerja yang tidak menyusahkan orang lain.saya tak kacau orang, tak merompak dan tak mencuri. kerja halal yang di pandang rendah oleh orang lain, katanya.
menurut lelaki yang berasal dari Pulau Pinang dan sudah berusia 73 thun, juga seorang pesara, mengatakan dia sudah penat, mencari duit di waktu muda untuk memenuhi tanggungjawab dan juga kemahuan anak-anaknya tanpa bantahan, tapi sekarang apa yang dia dapat?
katanay anak-anak selagi boleh mereka mahu mngorek dan mengikis duit mak bapak- nak senang mudah, bila kita tanya mereka ada duit tak, mereka kata tak cukup dan memang tak cukup manjang.jadi dengan membuat kerja mencari tin dia dapat mengelakkan boring  duduk di rumah, dapat jugak dia  bersenam percuma untuk kesihatan, malah dapat mengelak anak-anak meminta "pinjam" yang tak akan pernah berbayar oleh anak-anak.

dia diam seketika , kemudiannya dia bertanya, tak ada orang pernah mau tanya inicerita, orang tatak pernah peduli apa saya bikin, semua orang tengok saya sendiri pun macam sampah ,apa hal awak banyak sebuk?

aku hanya ketawa dan dia juga ketawa terbahak.bahak sambil meneruskan semula langkahnya,

Monday, 29 October 2012

TEMPAT SEMADI SETEGUH CINTA.


Puisi ini adalah intipati dari kisah Agup btu Tuluq, kisah lampau tentang kesetiaan cinta dan kasih sayang diantara suami isteri, diantara raja dan raayatnya dan bangsa dan budaya yang sudah mula luntur pada manusia xaman moden  ini.
Agup Batu Tulug adalah gua batu kapur setinggi 39 meter yang jelas kelihatan jika anda melalui jalan dari Kunak menuju Lahad Datu, di pantai Timur Sabah. 
Agup Batu Tulug menjadi tempat persemadian golongan bangsawan, menempatkan keranda berusia 700 tahun hingga 900 tahun. statistik menunjukkan terdapat sebanyak 125 keranda kayu diperbuat daripada kayu Belian dan Merbau di Agop Batu Tulug. Perkataan 'agop' dalam bahasa Orang Sungai bermaksud gua. Terdapat tiga gua yang utama, iaitu Agop Suriba (bawah) di bahagian lantai hutan, Agop Lintanga (tengah) dan Agop Sawat (atas) masing-masing dengan ketinggian antara 12 hingga 15 meter.
Dipercayai terdapat lebih 2000 keranda kayu balak yang seusia dengan yang terdapat di Agop Batu Tulug yang mendiami di gua-gua batu kapur di sekitar kawasan Lembah Kinabatangan, Sekaligus menjadikan Lembah Kinabatangan sebagai salah satu tapak arkeologi yang terpenting di Malaysia.
Setiap keranda mempuyai keunikan tersendiri kerana mempunyai ukiran figura haiwan seperti kepala kerbau, buaya, biawak, ular dan burung dibahagian penutup keranda. motif-motif flora dan tumbuh-tumbuhan diukir pada bahagian badan keranda.
Kesempatan mengunjunginya ketika membuat penggambaran Dokumantari terbitan FINAS dengan kerjasana syarikat Nadirasa Budaya (M) Sdn Bhd, membuat saya sangat teruja dengan kehebatan cinta Raja Tua Baturong dan Ratu Wodit Onsuling, sekali gus menjadikan ianya  satu warisan yang sangat Tinggi nilainya di negeri bawah bayu ini.

Friday, 26 October 2012

bercuti atas nama seminar atau bengkel

Lama rupanya saya tak menjengah laman ini...entah mengapa yea..bagitulah..ada ketikannya kita terlalu leka dengan banyak benda, ada waktunya terlalu ikutkan perasaan hingga lupa lak nak melayan perasaan di tempat yang sewajarnya, bagitulah manusia yang selalu sahaja alpa dan leka.'

Alhamdulillah, sejak awal tahun saya banyak mengikuti berbagai bengkel dan seminar yang diadakan oleh berbagai pertubuhan baik di sekitar kuala lumpur maupun di luar, tahun ini nampaknya saya  belum berkesempatan untuk duduk dan mengabadikan diri di hutan.

untuk menyertai bengkel atau seminar selalunya ada pemilihan, kadang beribu yang memohon tapi di pilih dan ditapis dan tentunya yang terpilih itu merasa sangat bertuah kerana selain kita mendapat ilmu kita mendapat kenalan baru disamping peninapan dan makanan yang sudah pastinya bertaraf bintang kalau di buat di hotel-hotel mewah.

oleh iu setiap peserta sudah sepatutnya untuk menjayakan program dengan sebaik-baiknya selaras dengan matlamat menganjur, tetapi apa yang menyedihkan adalah bila sebilangan peserta tidak menumpukan sepenuhnya pada bengkel atau seminar yang diadakan. Ada di antara mereka yang menggunakan kesempatan untuk "berehat-rehat" di bilik hotel. keluar hanya ketika makan atau pun minum petang...menjenguk ke dewan sekadar "tunjuk muka"

lebih rasa menyengalkan, bila ada yang berpasangan...bukanlah kita cemburu mereka berpasangan (suami isteri)dapat duduk sebilik, memang wajar pun) cuma ketidak hadiran mereka ke dewan iu yang medukacitakan, kepada mereka yang  suka berbuat bagini, tidakkah mereka terfikir, ada ratusan yang lain yang bersungguh-sungguh mahu mengikuti seminar atau bengkel tetapi tidak dapat kerana kita yng terpilih dan kemudiannya kita mensia-siakan peluang itu kerana sikap kita sendiri- bukan kah ini satu kerugian buat semua?

Terpulanglah kepada kita semua, apakah kita berada di laluan yang sewajarnya dan tidak menghampakan orang lain atas sikap kita. kita semua bertanggungjawab terhadap sesama kita kerana kita hidup bermasyarakat, saling bantu membantu dan saling sokong menyokong diantara satu sama lain, janganlah hendaknya sokong membawa rebah, janganlah sampai alu dan lesung bertingkah, ayam yang kekenyangan dilaman....tepok dada tanyalah selera....

Thursday, 16 June 2011

aku si tukang sapu....

hari ini aku kekajang... ada sedikit urusan. namun ketik sampai dilebuh raya, tetiba aku terlihat sebuah kereta yang lalu membaling plastik air kepada seorang tukangsapu yang sedang bekerja.....sekaligus memoriku terbang 21 tahun lalu, 1990 ketika aku juga bekerja sebagai tukang sapu di sekitar kawasan subangjaya dan lebohraya persekutuan...waktu itu... tukang spau hanya berpendapaqtan rm80 ringgit sebulan... bayangkanlah, sukar dan sulitnya kehidupan kami....berpanas..dengan kereta yg berdesap berdesup, seolah kami nie tak wujud, paahal ada waktunya kami dok letakkan papan tanda, memberitahu kehadiran kami nie...bagitulah, waktu itu aku sedang menyapu di persimpangan antara subangjaya dan jalan menghala ke lapangan terbang lama,bila tiba-tiba dadaku dibaling dengan palastik air, x ada rasa timbang rasa langsung mereka yang duduk dalam keta berjenama luar negara tu...selalunya bagitulah, kehadiran buroh ditepian jalan nie tak ada sapa pun yang peduli... mereka-mereka yang berkereta tu (walaubukan semua, tapi kebanyakannya) ikut senang depa aje mencampak apa sahaja keluar tingkap. dan paling aku hangat bila ada yang kata...eleh..tukang sapu ada..nanti depa tak ada kerja..heii kawan..tolongla mengerti yea... walaupun kami nie hanyalah rukang sapu tepi jalan, kerja kami banyak weiii.... pasir2 kat jalan yang dijatuhkan oleh lori curi pasir tu, yang buat setengah tokey pasir kaya raya tu, kamilah yg sapu dan buang supaya tak ada motosikal yang dipanndu mat rempit tu jatuh dan menyebabkan kemalangan dan kehilangan jiwa orang yg tak berdosa....parityg sumbat, yang ada kalanya disebabkan oleh tokey-tokey restoren yg tak reti bagi motivasi ket pekerjanya supaya jangan buang sisa makanan dalam longkang tu pun sebahagian dari tugas kami, supaya rumah-rumah anda x lah kena banjir kilat bila hujan lebat.daun-daun sampah yg berguguran yg ditanah untuk menghijaukan bandar, supaya penghuninya sehat sejahtera pun kerja kami jugak, jadi janganlah kata kami ne tak ada kerja sahingga kalian senang-senang nak mencampakkan sampah dari dalam keta.sebenarnya tahap sivik masyarakat kita nie memangnya memualkan, mampu beli keta ratusan ribu, takkan lah nak letak plastik sampah yg hanya berapa sen dalam keta tu tak boleh kan.... macam-macam pakai campak kuar keta, malah paling memualkan bila ada yag bawak sampah dari rumah, pastu campak tepi jalan..manusia dari planet mana agaknya depa nie kan...Dan kejadian tadi tu jelas membuktikan rupanya dari tahun 1990 hingga sekarang 2011, keadaan masih sama. sivik masyarakat masih rendah walau kerajaan dah jenuh rasanya buat kempen kesedaran, apa kata kalau mereka-mereka yang jenis nie dikenakan tindakan, kita tangkap mereka dan hukumannya rumah mereka kita longgokkan sampah?

Wednesday, 15 June 2011

AKU FINAS DAN KEMENANGAN...



Alhamdulillah.... tahun ini tahun ke 8 aku berjaya dalam pertandingan penulisan di finas. bukan tujuan aku nak bermegah dan berbangga sekadar mahu penulis-penulis baru yang ada hari ini , yang sudah mempunyai banyak kemudahan untuk menimba ilmu jangan mensia-siakan jalan yang terbentang di depan anda.

Tahun 2003, pertamakali memasuki pertandingan penulisan Finas. skrip yang ku tulis hanya guna taipwriter ke beri jodol MISI. kisah bidan yang terpaksa bertugas diperkampungan orang asli.( cerita yang ku dapati ketika aku bertugas sebagai pemberita dengan majalah BICARA).alhamdulillah, skrip ini berjaya mendapat tempat ke 2, dan di situlah segalanya bermula....

aku ditawarkan untuk mengikuti kursus penulisan, ( sebenarnya aku langsung x ada asas penulisan skrip- 'misi' ku zahirkan selepas aku mencuri skrip ismail cik.berjodol senja dimuara). sayangnya keadaanku ketika itu amat payah untuk hadir dalam apa juga kursus."misi" kemudiannya diangkat oleh Kamal Ishak ke RTM dan kemudiannya menjadi drama bersiri diRtm.

Tahun 2004, aku masuk lagi. kali ini naskah ku berjodul "Gila " , aku berjaya mendapat tempat ke 3. 'Gila' adalah kisah kepayahan dan kesusahan bapa 5 anak yang berjaya mendisplinkan anak-anaknya dalam keadaan serba kekurangan, kerukunan usaha dan kasih sayang mengatasi segala rintangan.

Tahun 2005, kali ini aku berjaya mendapat tempat ke dua dengan cereka berjodol "dikir"kisah remaja yang menubuhkan kumpulan dikir barat, aku sayang dengan cerita ini entah kenapa dan sahingga kini masih belum rela melepaskan untuk diangkat. ditahun ini jugalah Finas mula mengenalkan pertandingan Dokumantari.

Tahun 2006, aku mahu mencuba dokumantari, tapi aku tidak tahu dimana aku mahu mencari contoh skrip doko, hingga kemudiannya aku meminta contoh dari sahabat anak yg belajar di akademi tv3.dan dokumantari pertama ku, melenggang perut berjaya mendapat tempat ke 2, tampa ada pemenang tempat pertama sementara cereka, "bah Tilot" Bah Tilot diangkat oleh Nurhalim Ismail dan menjadi telemovie kemerdekaan negara, kisah perjuangan masyarakat orang asli yang membantu pihak tentera membebaskan tanah air dari komunis.

Tahun 2007, aku berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan penulisan dokumantari dengan tajuk "agub batu tulug' Aku benar-benar bangga dengan kejayaan dokumantari ini kerana ianya sebuah doku yang aku lahirkan melalui satu mimpi yang kemudiannya kisah dalam mimpiku itu bertepatan dengan kejadian ditempat sebenarnya di sabah.

Tahun 2008, itulah puncak kejayaan dalam pertandingan Finas, aku berjaya menjadi juara cereka berjodol "karam" kisah lagenda buaya putih di kuala kubu baharu,.

Tahun ini..pertandingan tahun 2009/2010, awalnya aku sudah malas, ada kata-kata yang menyuroh aku tidak terlibat lagi, namun Puan Sujiah Saleh, memberikan aku galakan, apa salahnya ko masuk, siti nurhaliza pun menang berkali-kali...lalu aku mencuba menulis filem pendek.... hasilnya, aku sudah menerima nya ....Finas adalah wadah yang mengacuku dalam penulisan skrip, aku dilahirkan oleh finas dan akan terus menyokong nya.



Aku tidak tahu apakah aku akan menyertai lagi ditahun-tahun akan datang....apa pun pada semua kawan-kawan ayuh teruslah, menang kalah bukan ukuran-itu adat bertanding tetapi sekurang-kurangnya ia dapat menilai tahap pemikiran kita, ianya dapat kita gunakan untuk memperbaiki kelemahan dan mempertingkatkan minda kita untuk terus mencuba dan memperbaiki tahap penulisan kita.






Saturday, 21 May 2011

kasih sayang



waktu aku duduk di lobi hotel Ambonsuri di bukit tinggi indonesia sementara menunggu crew lainnya bagi memulakn tugas- tapi biasanya aku seawal jam 6 sudah kelobi sedang pekerja hotel itu sendiri masih tidur- kerana hanya di lobi ada talian internet- pagi itu pagi minggu sperti hari ini- tetiba dalam meriahnya jurujual ( kain dan baju serta serba nika) datang berjualan di kaki lima hotel itu , mataku tertumpu pada seorang perempuan tua....


seluarnya sudah banyak benar lobangnya, dia membawa sebuah baldi kecil... kemudiannya menuju ke tong sampah di luar lobi dan mula mencari sisa-sisa makanan yang mungkin boleh dijadikan makanannya.


hanya ada satu yang terlontar dalam hatiku saat itu, dimanakah anak-anaknya, apakah dia tidak punya anak sahingga bagitu sekali kehidupannya di usia setua itu?

bukan sahaja di indonesia, malah di malaysia juga aku pernah menemui kejadian sebegini.... kenapa INI HARUS BERLAKU?

aku pernah bertemu dengan seorang nenek berusia hamoir 70 dari pulau pinang yang terketar-ketar membawa beg pakaian menaiki bas, lalu ku bantu dan duduk bersamanya seketika. nenek itu memberitahunya dia dtg dari pp untuk bertemu anak cucunya yg dah lama x balik menjengahnya-alasannya sebuk.

lalu dia lah yang datang ke kuala lumpur- tiga hari di rumah sulongnya, dia tidak dapat nak berbual lama-anak dan cucu serta menantru semuanya sebuk dengan hal masing-masing , sekadar hai-- hai dan jenguk sekejap je.

dua hari di rumah anak keduanya, langsung x bertemu kerana anak dan cucunya bercuti diluar negara dan dia hanya bertemu dgn pembantu rumah anaknya. dan anak ketiganya, marah-marah kerana datang tak memberitahunya malah sama sahaja dgn anak pertamanya, dimana semuanya sebuk.


" jadi nenek nak baliklah ke tanjung nie... biarlah, ayam -ayam dikampung tu lagi rindukan nenek" aku benar-benar tersentuh dengan kata-kata akkhirnya, apakah binatang lebih mengerti hati manusia sekarang nie?

kenapa semua ini boleh berlaku? dimanakah lagi kasih sayang kita sebagai manusia terhadap manusia lain kalau tidak pun mahu mengangkat martabat orang tua, mereka sanggup bercuti keluar negara tetapi terlupa nak menjenguk emak yg sudah tua dan keseorangan di kampung?

salah siapakah, rasanya orang tua berkorban sedaya mungkin untuk menyenangkan hidup anak-anak- tak kan ada anak yang lahir kedunia dan terus besar sendiri, walaupun mungkin kehidupan masa lampau susah, namun kalau bukan pengajaran awal yang ibu bapa tunjukkan, bimbing dan asuh x kan awak tu boleh terus kaya,senang dan mewah gitu, lalu mengapa jasa itu dilupakan bagitu sahaja?


sebenanya, walaupun ainya dianggap remeh, tapi kalau dibiarkan ia bagaikan bisa pasir pantai yang melekat dikaki, kalau x dibasuh cepat, ia kering dan mula gatal, kita garu dan garu akhirnya menjadi kudis, tokak atau lebih parah lagi kalau kita mengidap kencing manis, sudahnya kaki kena potong dan pincanglah satu kehidupan...



bagitulah kehidupan....