Monday 12 November 2012

KISAH SEORANG PESARA

ketika aku sedang duduk santai ditepi replika  kuching di bandar Kucing Sarawak, tetina datang seprang lelaki china menyorong sebuah basikal, disandar kanbasikalnya di rimbun bunga dan dia mula menyelongkar tong sampah, dia dapat 2 tin kosong yang kemudiannya di injak-injak dan dimasukkan ke dalam beg plastik hitam yang di gantungkan di handle basikalnya,
ketika mahu berlalu, rengan mulut ku bertanya, mengapa awak buat  kerja ini. seketia dia merenung  aku.
katanya, inilah satu kerja yang tidak menyusahkan orang lain.saya tak kacau orang, tak merompak dan tak mencuri. kerja halal yang di pandang rendah oleh orang lain, katanya.
menurut lelaki yang berasal dari Pulau Pinang dan sudah berusia 73 thun, juga seorang pesara, mengatakan dia sudah penat, mencari duit di waktu muda untuk memenuhi tanggungjawab dan juga kemahuan anak-anaknya tanpa bantahan, tapi sekarang apa yang dia dapat?
katanay anak-anak selagi boleh mereka mahu mngorek dan mengikis duit mak bapak- nak senang mudah, bila kita tanya mereka ada duit tak, mereka kata tak cukup dan memang tak cukup manjang.jadi dengan membuat kerja mencari tin dia dapat mengelakkan boring  duduk di rumah, dapat jugak dia  bersenam percuma untuk kesihatan, malah dapat mengelak anak-anak meminta "pinjam" yang tak akan pernah berbayar oleh anak-anak.

dia diam seketika , kemudiannya dia bertanya, tak ada orang pernah mau tanya inicerita, orang tatak pernah peduli apa saya bikin, semua orang tengok saya sendiri pun macam sampah ,apa hal awak banyak sebuk?

aku hanya ketawa dan dia juga ketawa terbahak.bahak sambil meneruskan semula langkahnya,

Monday 29 October 2012

TEMPAT SEMADI SETEGUH CINTA.


Puisi ini adalah intipati dari kisah Agup btu Tuluq, kisah lampau tentang kesetiaan cinta dan kasih sayang diantara suami isteri, diantara raja dan raayatnya dan bangsa dan budaya yang sudah mula luntur pada manusia xaman moden  ini.
Agup Batu Tulug adalah gua batu kapur setinggi 39 meter yang jelas kelihatan jika anda melalui jalan dari Kunak menuju Lahad Datu, di pantai Timur Sabah. 
Agup Batu Tulug menjadi tempat persemadian golongan bangsawan, menempatkan keranda berusia 700 tahun hingga 900 tahun. statistik menunjukkan terdapat sebanyak 125 keranda kayu diperbuat daripada kayu Belian dan Merbau di Agop Batu Tulug. Perkataan 'agop' dalam bahasa Orang Sungai bermaksud gua. Terdapat tiga gua yang utama, iaitu Agop Suriba (bawah) di bahagian lantai hutan, Agop Lintanga (tengah) dan Agop Sawat (atas) masing-masing dengan ketinggian antara 12 hingga 15 meter.
Dipercayai terdapat lebih 2000 keranda kayu balak yang seusia dengan yang terdapat di Agop Batu Tulug yang mendiami di gua-gua batu kapur di sekitar kawasan Lembah Kinabatangan, Sekaligus menjadikan Lembah Kinabatangan sebagai salah satu tapak arkeologi yang terpenting di Malaysia.
Setiap keranda mempuyai keunikan tersendiri kerana mempunyai ukiran figura haiwan seperti kepala kerbau, buaya, biawak, ular dan burung dibahagian penutup keranda. motif-motif flora dan tumbuh-tumbuhan diukir pada bahagian badan keranda.
Kesempatan mengunjunginya ketika membuat penggambaran Dokumantari terbitan FINAS dengan kerjasana syarikat Nadirasa Budaya (M) Sdn Bhd, membuat saya sangat teruja dengan kehebatan cinta Raja Tua Baturong dan Ratu Wodit Onsuling, sekali gus menjadikan ianya  satu warisan yang sangat Tinggi nilainya di negeri bawah bayu ini.

Friday 26 October 2012

bercuti atas nama seminar atau bengkel

Lama rupanya saya tak menjengah laman ini...entah mengapa yea..bagitulah..ada ketikannya kita terlalu leka dengan banyak benda, ada waktunya terlalu ikutkan perasaan hingga lupa lak nak melayan perasaan di tempat yang sewajarnya, bagitulah manusia yang selalu sahaja alpa dan leka.'

Alhamdulillah, sejak awal tahun saya banyak mengikuti berbagai bengkel dan seminar yang diadakan oleh berbagai pertubuhan baik di sekitar kuala lumpur maupun di luar, tahun ini nampaknya saya  belum berkesempatan untuk duduk dan mengabadikan diri di hutan.

untuk menyertai bengkel atau seminar selalunya ada pemilihan, kadang beribu yang memohon tapi di pilih dan ditapis dan tentunya yang terpilih itu merasa sangat bertuah kerana selain kita mendapat ilmu kita mendapat kenalan baru disamping peninapan dan makanan yang sudah pastinya bertaraf bintang kalau di buat di hotel-hotel mewah.

oleh iu setiap peserta sudah sepatutnya untuk menjayakan program dengan sebaik-baiknya selaras dengan matlamat menganjur, tetapi apa yang menyedihkan adalah bila sebilangan peserta tidak menumpukan sepenuhnya pada bengkel atau seminar yang diadakan. Ada di antara mereka yang menggunakan kesempatan untuk "berehat-rehat" di bilik hotel. keluar hanya ketika makan atau pun minum petang...menjenguk ke dewan sekadar "tunjuk muka"

lebih rasa menyengalkan, bila ada yang berpasangan...bukanlah kita cemburu mereka berpasangan (suami isteri)dapat duduk sebilik, memang wajar pun) cuma ketidak hadiran mereka ke dewan iu yang medukacitakan, kepada mereka yang  suka berbuat bagini, tidakkah mereka terfikir, ada ratusan yang lain yang bersungguh-sungguh mahu mengikuti seminar atau bengkel tetapi tidak dapat kerana kita yng terpilih dan kemudiannya kita mensia-siakan peluang itu kerana sikap kita sendiri- bukan kah ini satu kerugian buat semua?

Terpulanglah kepada kita semua, apakah kita berada di laluan yang sewajarnya dan tidak menghampakan orang lain atas sikap kita. kita semua bertanggungjawab terhadap sesama kita kerana kita hidup bermasyarakat, saling bantu membantu dan saling sokong menyokong diantara satu sama lain, janganlah hendaknya sokong membawa rebah, janganlah sampai alu dan lesung bertingkah, ayam yang kekenyangan dilaman....tepok dada tanyalah selera....