Monday 29 October 2012

TEMPAT SEMADI SETEGUH CINTA.


Puisi ini adalah intipati dari kisah Agup btu Tuluq, kisah lampau tentang kesetiaan cinta dan kasih sayang diantara suami isteri, diantara raja dan raayatnya dan bangsa dan budaya yang sudah mula luntur pada manusia xaman moden  ini.
Agup Batu Tulug adalah gua batu kapur setinggi 39 meter yang jelas kelihatan jika anda melalui jalan dari Kunak menuju Lahad Datu, di pantai Timur Sabah. 
Agup Batu Tulug menjadi tempat persemadian golongan bangsawan, menempatkan keranda berusia 700 tahun hingga 900 tahun. statistik menunjukkan terdapat sebanyak 125 keranda kayu diperbuat daripada kayu Belian dan Merbau di Agop Batu Tulug. Perkataan 'agop' dalam bahasa Orang Sungai bermaksud gua. Terdapat tiga gua yang utama, iaitu Agop Suriba (bawah) di bahagian lantai hutan, Agop Lintanga (tengah) dan Agop Sawat (atas) masing-masing dengan ketinggian antara 12 hingga 15 meter.
Dipercayai terdapat lebih 2000 keranda kayu balak yang seusia dengan yang terdapat di Agop Batu Tulug yang mendiami di gua-gua batu kapur di sekitar kawasan Lembah Kinabatangan, Sekaligus menjadikan Lembah Kinabatangan sebagai salah satu tapak arkeologi yang terpenting di Malaysia.
Setiap keranda mempuyai keunikan tersendiri kerana mempunyai ukiran figura haiwan seperti kepala kerbau, buaya, biawak, ular dan burung dibahagian penutup keranda. motif-motif flora dan tumbuh-tumbuhan diukir pada bahagian badan keranda.
Kesempatan mengunjunginya ketika membuat penggambaran Dokumantari terbitan FINAS dengan kerjasana syarikat Nadirasa Budaya (M) Sdn Bhd, membuat saya sangat teruja dengan kehebatan cinta Raja Tua Baturong dan Ratu Wodit Onsuling, sekali gus menjadikan ianya  satu warisan yang sangat Tinggi nilainya di negeri bawah bayu ini.

1 comment:

  1. ada tak cerita lisan mitos atau legenda ini versi yang panjang... ingin perkongsian maklumat

    ReplyDelete