Sunday, 9 June 2013

Malaysiaku dan semangat kecintaan


Tengah hari tu, Mira duduk dalam bas untuk balik ke rumah, bas ni lak satu hal, kena tunggu sampai penuh baru dia nak jalan, ada yang lena tidur sementara menunggu, ni yang paling membosankan, keluar ke kl atas urusan tertentu, kadang urusan tu tak lah sampai sejam, tapi menunggu bas unuk ke kl atau untuk balik semula , berjam-jam- memang buang masa.
Dalam masa kalut menunggu sambil memerhati perangai dan gelagat manusia di luar cermin bas usang , tiba-tiba hati Mira ditangkap oleh rasa sayu, sedih dan pilu bila Mira terdengar sesuatu dari penumpang di belakang Mira, Mira segera menoleh-aduhai... seorang wanita dari negara jiran dalam usia 30an dan anak lelakinya dalam usia 5 tahun, sang ibu mengajar anaknya menyanyikan lagu negara mereka kepada si kecil. hati Mira betul-betul tangkap sayu dengan semangat ... semangat cintakan negara yang sedang ditanamkan dalam jiwa anak itu walaupun anak itu lahir di Malaysia.
adakah ibu-ibu dimalaysia yang buat sebegini pada anak-anak mereka? termasuk saya sendiri,mereka hanya kenal lagu kebangsaan bila dah masuk kesekolah, waktu kecik nie  sebut sahaja lagu popular..pasti mereka tahu.

lalu Mira teringat tidak lama lagi... beberapa bulan lagi Malaysia menyambut kemerdekaan, terlalu pantasnya masa sekarang nie berlalu... lihatlah bagaimana kemajuan yang negara kita telah capai , memang mengkagumkan.
Menyebut tentang kemerdekaan, masih adakah masyarakat hari ini yang mempunyai semangat seperti mak-mak dan bapak-bapak kita yang sanggup mempertaruhkan harta benda dan semangat untuk menggapai kemerdekaan
ya.. semangat kemerdekaan yang nampaknya semakin hari semakin luntur dari jiwa anak-anak muda kita, kalau mereka ada semangat sayangkan negara, mereka tidak akan melakukan banyak perbuatan yang memburukkan nama negara kita nie, termasuk jugalah orang yang kononnya berjuang untuk kemakmuran negara tetapi mempunyai agenda untuk kepentingan sendiri dengan menentang semua kemudahan yang ada
kadang kita lemas dengan kaki-kaki komlen nie kan, mereka menikmati kemudahan, hidup dalam kemudahan itu, menikmati memakmuran dan mendapat faedah daripadanya namun tak sudah-sudah jugalah komplen, ada-ada sahaja yang tak kena, bagi Mira semua itu kerana semangat kemerdekaan dalam diri mereka langsung tak ada.

Bagaimanakah kita mahu menanamkan semangat kemerdekaan , semangat sayangkan negara kita pada diri anak-anak kita?
itulah sebenarnya tugas kita yang sangat berat dalam kemelut anak-anak kita yang semakin hanyut dengan kemodenan, kemewahan dan kemakmuran yang menyelebungi mereka. kemodenan, kemajuan tidak salah, tetapi bagaimanakah kita mahu membina semangat dalam diri anak-anak muda ini supaya kecintaan mereka kepada negara dapat terus tertanam dalam jiwa setiap anak bangsa , setiap warga dalam menuju ke arah satu malaysia. itulah tugas yang paling penting sekarang..


Sunday, 26 May 2013

KESETIAAN

sebenarnya gambar dan kisah ini sudah lama saya upload dalam fb dan ada pihak yang menciplak nya malah "dia" mengatakan dia sendiri yang berjumpa pasangan ini ( dalam tulisannya di FB) hanya tuhan yang tahu ..

saya menemui  pasangan ini ketika saya  bersama team Dato Aziz Singah dan anaknya Bob membuat penggambaran  tentang pebezaan adat minangkabau antara sumatera utara dan juga negeri sembilan , ketika saya sedang berehat di sebuah pekan kecil di payakumboh, saya terpandang pasangan ini, hati saya sangat hiba lalu mendekatinya...

Mulanya saya menjangkakan mereka berdua hanyalah peminta sedekah, bila saya hulurkan wang si isteri berkata.." kami bukan peminta bu.." kata si siteri dia membawa suaminya  berjalan  kerana dahulu sewaktu suami nya sihat , suaminya seing membawanya berjalan di pasar paya kumbuh ,

" sekarang dia sakit bu, giliran saya membawanya supaya dia tidak beku..." diletakkan suaminya meniarap diatas  tilam usang supaya  suaminya bisa sama memandang apa yang dia pandang,

bagitu setianya dan eratnya hubungan kasih sayang mereka... khususnya seorang isteri yang sanggup susah payah menarik suaminya di tengah kesebokan lalu lintas sedangkan suami  pulak kalau bini sakit terperaplah bini di rumah.... baru sakit lutut pun dah jauh di tinggal  di belakang...

bagi mereka yang hidup bersuami isteri hargailah perasaan dan hati maing-masing- bersamalah mencari redho Allah, semoga berpimpin tangan ke Jannah.


Tuesday, 21 May 2013


satu kenangan yg ingin ku kongsi...


Apa yang ingin ku kongsikan ini bukan bertujuan mahu memburokkan sesiapa, cuma sebagai satu pedoman dan tauladan kepada wanita lain bahawa sesusah-susah kita masih ramai di luar sana yang lebih susah dan payah dari kita.
Bekas suamiku dulu memangnya kaki perempuan, aku adalah isterinya yang ke 7, sebelum aku dah 6 kali dia kahwin. waktu aku  mula jumpa mak mertua, dia kata aku hanya akan tahan 3 tahun sahaja sebagai isteri anaknya kerana aku akan kalah dan tak mungkin tahan dengan perangainya.

Bagaimana pun aku bertahan selama 25 tahun. dan dia tidak berkahwin dgn perempuan lain, hanya sentiasa bertukar perempuan. mak mertua kata sebab utama aku bertahan kerana aku gila. betul jugak agaknya.

Apa yg aku lakukan hanyalah mengenali semua bekas isterinya, untuk bertanya apa sebabnya dia jadi seteruk itu, aku juga mengenali semua awek2nya, mana2 awek yg mulanya nak kahwin dgn dia ade yg sampai saat ini jadi macam saudara dengan aku. bagitu juga dengan bekas2 bini, sampai saat ini kami masih berkawan baik
x husben jenis yg berterus terang, tapi terlalu terang pun menyakitkan jiwa. tiap kali keluar rumah bila balik dia akan jadi type recorder-rewind balik semuanya yang terjadi termasuklah kalau dia dating dgn prm. tang mana dia pegang, kat mana dia cium semuanya di ceritakan, jiwa memanglah tenat, tapi terpaksa diam kerana malas nak gaduh x de faedahnya kerana bagiku lelaki jika dia memang nak buatbenda tak semenggah,  halang macam mana pun dia akan buat.

iktiar saya? saya basuh seluar dalam dia dengan air lada. rendam dalam air rendaman cili kering. pas tu bilas bersih. pas kering gosok elok2.bila dia kata nak g dating, aku bagilah seluar tu..gerenti dia akan cepat balik.x semat nak wat apa... walaupun kadang naik kaki tangannya. x kisah lah setidaknya terhindar gak dia dari buat x senonoh.

lelaki nie jangan seekali kita halang. dia akan lebih seronok nak buat. sebenarnya, lama-lama dia sudah hilang sikap gila perempuannya- hilang langsung walau masih ramai yang cuba itu ini...cuma tu lah..ade lah pulak lain2 perangai yang buat aku hilang kesabaran ...

apa yang ingin aku kongsikan disini adalah, sebagai wanita kita kena banyak bersabar dengan ekrenah lelaki bernama suami, seperti baru ini di ruangan tanyalah uztaz ade wanita mengeloh kerana suminya tidak pernah memanggil namanya , x pernah panggil sayang...saya rasa itu masih lagi baik kerana sepanjang saya bersuami, suami memanggil saya babu, amah, binatang...dan entah apa2 ikut sedap mulut sahaja.

jadi pada"seorang kawan" yang sedang dilanda masalah, sabarlah... tuhan sedang menguji anda, dan ujian anda itu tak seteruk yang saya hadapi, elakkan perceraian, seboleh mungkin. demi anak2 kerana saya tahu dan kenal suami and jauh lebih baik dari x husben walaupun mereka pernah berkawan.

sayangi anak2 anda yg masih kecil, kesilapannya hanya kecil, itu pun bukan kerana disengaja kan..biarlah kita jadi manusi pemaaf yang sedia memaafkan kesilapan orang lain kerana allah sudah tentu akan memberikan kita selaut kemaafan dan kebahagian atas kemurahan hati kita..insaallah

MILIK SIAPA FOODCOUD INI



Di sini dulu
wak Sarni menjual tempe
dari kacang kedele yang direndam
busuk baunya
di rebus guna kayu api
di bungkus dengan daun
berebut-rebut orang membeli
duitnya di simpan, nak hantar anak keluar negeri.

di sini dahulu
lek Misman menjual sate
saban malam mengipas bara
tiap pagi menggoreng dan menumbuk kacang
kerana sate ayam dan daging
jadi enak bila pandai meramu kuahnya
duitnya di tabung,cita-cita anaknya nak jadi doktor.

di sini juga
kak Bedah menjual nasi lemak
harum wangi bau pandannya
merah menyala sambal ikan bilisnya
telor dibelah dua
sebungkus mumbung hanya 50 sen harganya
duitnya di kumpul, harapannya moga anak jadi menteri.

di sini hari ini
ada foodcoud megah berdiri
wak Sarni, lek Misman dan kak Bedah
sudah tiada lagi
anak-anak mereka sudah bergaji tingggi
mereka lebih suka datang membeli
khazanah yang sepatutnya mereka warisi
dan tidak pernah pula bertanya
foodcoud ini milik siapa

asmira Suhadis.
Hulu langat


Wednesday, 1 May 2013