Tuesday 21 May 2013

MILIK SIAPA FOODCOUD INI



Di sini dulu
wak Sarni menjual tempe
dari kacang kedele yang direndam
busuk baunya
di rebus guna kayu api
di bungkus dengan daun
berebut-rebut orang membeli
duitnya di simpan, nak hantar anak keluar negeri.

di sini dahulu
lek Misman menjual sate
saban malam mengipas bara
tiap pagi menggoreng dan menumbuk kacang
kerana sate ayam dan daging
jadi enak bila pandai meramu kuahnya
duitnya di tabung,cita-cita anaknya nak jadi doktor.

di sini juga
kak Bedah menjual nasi lemak
harum wangi bau pandannya
merah menyala sambal ikan bilisnya
telor dibelah dua
sebungkus mumbung hanya 50 sen harganya
duitnya di kumpul, harapannya moga anak jadi menteri.

di sini hari ini
ada foodcoud megah berdiri
wak Sarni, lek Misman dan kak Bedah
sudah tiada lagi
anak-anak mereka sudah bergaji tingggi
mereka lebih suka datang membeli
khazanah yang sepatutnya mereka warisi
dan tidak pernah pula bertanya
foodcoud ini milik siapa

asmira Suhadis.
Hulu langat


No comments:

Post a Comment