Tuesday, 21 May 2013

MILIK SIAPA FOODCOUD INI



Di sini dulu
wak Sarni menjual tempe
dari kacang kedele yang direndam
busuk baunya
di rebus guna kayu api
di bungkus dengan daun
berebut-rebut orang membeli
duitnya di simpan, nak hantar anak keluar negeri.

di sini dahulu
lek Misman menjual sate
saban malam mengipas bara
tiap pagi menggoreng dan menumbuk kacang
kerana sate ayam dan daging
jadi enak bila pandai meramu kuahnya
duitnya di tabung,cita-cita anaknya nak jadi doktor.

di sini juga
kak Bedah menjual nasi lemak
harum wangi bau pandannya
merah menyala sambal ikan bilisnya
telor dibelah dua
sebungkus mumbung hanya 50 sen harganya
duitnya di kumpul, harapannya moga anak jadi menteri.

di sini hari ini
ada foodcoud megah berdiri
wak Sarni, lek Misman dan kak Bedah
sudah tiada lagi
anak-anak mereka sudah bergaji tingggi
mereka lebih suka datang membeli
khazanah yang sepatutnya mereka warisi
dan tidak pernah pula bertanya
foodcoud ini milik siapa

asmira Suhadis.
Hulu langat


Wednesday, 1 May 2013

Monday, 12 November 2012

KISAH SEORANG PESARA

ketika aku sedang duduk santai ditepi replika  kuching di bandar Kucing Sarawak, tetina datang seprang lelaki china menyorong sebuah basikal, disandar kanbasikalnya di rimbun bunga dan dia mula menyelongkar tong sampah, dia dapat 2 tin kosong yang kemudiannya di injak-injak dan dimasukkan ke dalam beg plastik hitam yang di gantungkan di handle basikalnya,
ketika mahu berlalu, rengan mulut ku bertanya, mengapa awak buat  kerja ini. seketia dia merenung  aku.
katanya, inilah satu kerja yang tidak menyusahkan orang lain.saya tak kacau orang, tak merompak dan tak mencuri. kerja halal yang di pandang rendah oleh orang lain, katanya.
menurut lelaki yang berasal dari Pulau Pinang dan sudah berusia 73 thun, juga seorang pesara, mengatakan dia sudah penat, mencari duit di waktu muda untuk memenuhi tanggungjawab dan juga kemahuan anak-anaknya tanpa bantahan, tapi sekarang apa yang dia dapat?
katanay anak-anak selagi boleh mereka mahu mngorek dan mengikis duit mak bapak- nak senang mudah, bila kita tanya mereka ada duit tak, mereka kata tak cukup dan memang tak cukup manjang.jadi dengan membuat kerja mencari tin dia dapat mengelakkan boring  duduk di rumah, dapat jugak dia  bersenam percuma untuk kesihatan, malah dapat mengelak anak-anak meminta "pinjam" yang tak akan pernah berbayar oleh anak-anak.

dia diam seketika , kemudiannya dia bertanya, tak ada orang pernah mau tanya inicerita, orang tatak pernah peduli apa saya bikin, semua orang tengok saya sendiri pun macam sampah ,apa hal awak banyak sebuk?

aku hanya ketawa dan dia juga ketawa terbahak.bahak sambil meneruskan semula langkahnya,

Monday, 29 October 2012

TEMPAT SEMADI SETEGUH CINTA.


Puisi ini adalah intipati dari kisah Agup btu Tuluq, kisah lampau tentang kesetiaan cinta dan kasih sayang diantara suami isteri, diantara raja dan raayatnya dan bangsa dan budaya yang sudah mula luntur pada manusia xaman moden  ini.
Agup Batu Tulug adalah gua batu kapur setinggi 39 meter yang jelas kelihatan jika anda melalui jalan dari Kunak menuju Lahad Datu, di pantai Timur Sabah. 
Agup Batu Tulug menjadi tempat persemadian golongan bangsawan, menempatkan keranda berusia 700 tahun hingga 900 tahun. statistik menunjukkan terdapat sebanyak 125 keranda kayu diperbuat daripada kayu Belian dan Merbau di Agop Batu Tulug. Perkataan 'agop' dalam bahasa Orang Sungai bermaksud gua. Terdapat tiga gua yang utama, iaitu Agop Suriba (bawah) di bahagian lantai hutan, Agop Lintanga (tengah) dan Agop Sawat (atas) masing-masing dengan ketinggian antara 12 hingga 15 meter.
Dipercayai terdapat lebih 2000 keranda kayu balak yang seusia dengan yang terdapat di Agop Batu Tulug yang mendiami di gua-gua batu kapur di sekitar kawasan Lembah Kinabatangan, Sekaligus menjadikan Lembah Kinabatangan sebagai salah satu tapak arkeologi yang terpenting di Malaysia.
Setiap keranda mempuyai keunikan tersendiri kerana mempunyai ukiran figura haiwan seperti kepala kerbau, buaya, biawak, ular dan burung dibahagian penutup keranda. motif-motif flora dan tumbuh-tumbuhan diukir pada bahagian badan keranda.
Kesempatan mengunjunginya ketika membuat penggambaran Dokumantari terbitan FINAS dengan kerjasana syarikat Nadirasa Budaya (M) Sdn Bhd, membuat saya sangat teruja dengan kehebatan cinta Raja Tua Baturong dan Ratu Wodit Onsuling, sekali gus menjadikan ianya  satu warisan yang sangat Tinggi nilainya di negeri bawah bayu ini.

Friday, 26 October 2012

bercuti atas nama seminar atau bengkel

Lama rupanya saya tak menjengah laman ini...entah mengapa yea..bagitulah..ada ketikannya kita terlalu leka dengan banyak benda, ada waktunya terlalu ikutkan perasaan hingga lupa lak nak melayan perasaan di tempat yang sewajarnya, bagitulah manusia yang selalu sahaja alpa dan leka.'

Alhamdulillah, sejak awal tahun saya banyak mengikuti berbagai bengkel dan seminar yang diadakan oleh berbagai pertubuhan baik di sekitar kuala lumpur maupun di luar, tahun ini nampaknya saya  belum berkesempatan untuk duduk dan mengabadikan diri di hutan.

untuk menyertai bengkel atau seminar selalunya ada pemilihan, kadang beribu yang memohon tapi di pilih dan ditapis dan tentunya yang terpilih itu merasa sangat bertuah kerana selain kita mendapat ilmu kita mendapat kenalan baru disamping peninapan dan makanan yang sudah pastinya bertaraf bintang kalau di buat di hotel-hotel mewah.

oleh iu setiap peserta sudah sepatutnya untuk menjayakan program dengan sebaik-baiknya selaras dengan matlamat menganjur, tetapi apa yang menyedihkan adalah bila sebilangan peserta tidak menumpukan sepenuhnya pada bengkel atau seminar yang diadakan. Ada di antara mereka yang menggunakan kesempatan untuk "berehat-rehat" di bilik hotel. keluar hanya ketika makan atau pun minum petang...menjenguk ke dewan sekadar "tunjuk muka"

lebih rasa menyengalkan, bila ada yang berpasangan...bukanlah kita cemburu mereka berpasangan (suami isteri)dapat duduk sebilik, memang wajar pun) cuma ketidak hadiran mereka ke dewan iu yang medukacitakan, kepada mereka yang  suka berbuat bagini, tidakkah mereka terfikir, ada ratusan yang lain yang bersungguh-sungguh mahu mengikuti seminar atau bengkel tetapi tidak dapat kerana kita yng terpilih dan kemudiannya kita mensia-siakan peluang itu kerana sikap kita sendiri- bukan kah ini satu kerugian buat semua?

Terpulanglah kepada kita semua, apakah kita berada di laluan yang sewajarnya dan tidak menghampakan orang lain atas sikap kita. kita semua bertanggungjawab terhadap sesama kita kerana kita hidup bermasyarakat, saling bantu membantu dan saling sokong menyokong diantara satu sama lain, janganlah hendaknya sokong membawa rebah, janganlah sampai alu dan lesung bertingkah, ayam yang kekenyangan dilaman....tepok dada tanyalah selera....

Thursday, 16 June 2011

aku si tukang sapu....

hari ini aku kekajang... ada sedikit urusan. namun ketik sampai dilebuh raya, tetiba aku terlihat sebuah kereta yang lalu membaling plastik air kepada seorang tukangsapu yang sedang bekerja.....sekaligus memoriku terbang 21 tahun lalu, 1990 ketika aku juga bekerja sebagai tukang sapu di sekitar kawasan subangjaya dan lebohraya persekutuan...waktu itu... tukang spau hanya berpendapaqtan rm80 ringgit sebulan... bayangkanlah, sukar dan sulitnya kehidupan kami....berpanas..dengan kereta yg berdesap berdesup, seolah kami nie tak wujud, paahal ada waktunya kami dok letakkan papan tanda, memberitahu kehadiran kami nie...bagitulah, waktu itu aku sedang menyapu di persimpangan antara subangjaya dan jalan menghala ke lapangan terbang lama,bila tiba-tiba dadaku dibaling dengan palastik air, x ada rasa timbang rasa langsung mereka yang duduk dalam keta berjenama luar negara tu...selalunya bagitulah, kehadiran buroh ditepian jalan nie tak ada sapa pun yang peduli... mereka-mereka yang berkereta tu (walaubukan semua, tapi kebanyakannya) ikut senang depa aje mencampak apa sahaja keluar tingkap. dan paling aku hangat bila ada yang kata...eleh..tukang sapu ada..nanti depa tak ada kerja..heii kawan..tolongla mengerti yea... walaupun kami nie hanyalah rukang sapu tepi jalan, kerja kami banyak weiii.... pasir2 kat jalan yang dijatuhkan oleh lori curi pasir tu, yang buat setengah tokey pasir kaya raya tu, kamilah yg sapu dan buang supaya tak ada motosikal yang dipanndu mat rempit tu jatuh dan menyebabkan kemalangan dan kehilangan jiwa orang yg tak berdosa....parityg sumbat, yang ada kalanya disebabkan oleh tokey-tokey restoren yg tak reti bagi motivasi ket pekerjanya supaya jangan buang sisa makanan dalam longkang tu pun sebahagian dari tugas kami, supaya rumah-rumah anda x lah kena banjir kilat bila hujan lebat.daun-daun sampah yg berguguran yg ditanah untuk menghijaukan bandar, supaya penghuninya sehat sejahtera pun kerja kami jugak, jadi janganlah kata kami ne tak ada kerja sahingga kalian senang-senang nak mencampakkan sampah dari dalam keta.sebenarnya tahap sivik masyarakat kita nie memangnya memualkan, mampu beli keta ratusan ribu, takkan lah nak letak plastik sampah yg hanya berapa sen dalam keta tu tak boleh kan.... macam-macam pakai campak kuar keta, malah paling memualkan bila ada yag bawak sampah dari rumah, pastu campak tepi jalan..manusia dari planet mana agaknya depa nie kan...Dan kejadian tadi tu jelas membuktikan rupanya dari tahun 1990 hingga sekarang 2011, keadaan masih sama. sivik masyarakat masih rendah walau kerajaan dah jenuh rasanya buat kempen kesedaran, apa kata kalau mereka-mereka yang jenis nie dikenakan tindakan, kita tangkap mereka dan hukumannya rumah mereka kita longgokkan sampah?

Wednesday, 15 June 2011

AKU FINAS DAN KEMENANGAN...



Alhamdulillah.... tahun ini tahun ke 8 aku berjaya dalam pertandingan penulisan di finas. bukan tujuan aku nak bermegah dan berbangga sekadar mahu penulis-penulis baru yang ada hari ini , yang sudah mempunyai banyak kemudahan untuk menimba ilmu jangan mensia-siakan jalan yang terbentang di depan anda.

Tahun 2003, pertamakali memasuki pertandingan penulisan Finas. skrip yang ku tulis hanya guna taipwriter ke beri jodol MISI. kisah bidan yang terpaksa bertugas diperkampungan orang asli.( cerita yang ku dapati ketika aku bertugas sebagai pemberita dengan majalah BICARA).alhamdulillah, skrip ini berjaya mendapat tempat ke 2, dan di situlah segalanya bermula....

aku ditawarkan untuk mengikuti kursus penulisan, ( sebenarnya aku langsung x ada asas penulisan skrip- 'misi' ku zahirkan selepas aku mencuri skrip ismail cik.berjodol senja dimuara). sayangnya keadaanku ketika itu amat payah untuk hadir dalam apa juga kursus."misi" kemudiannya diangkat oleh Kamal Ishak ke RTM dan kemudiannya menjadi drama bersiri diRtm.

Tahun 2004, aku masuk lagi. kali ini naskah ku berjodul "Gila " , aku berjaya mendapat tempat ke 3. 'Gila' adalah kisah kepayahan dan kesusahan bapa 5 anak yang berjaya mendisplinkan anak-anaknya dalam keadaan serba kekurangan, kerukunan usaha dan kasih sayang mengatasi segala rintangan.

Tahun 2005, kali ini aku berjaya mendapat tempat ke dua dengan cereka berjodol "dikir"kisah remaja yang menubuhkan kumpulan dikir barat, aku sayang dengan cerita ini entah kenapa dan sahingga kini masih belum rela melepaskan untuk diangkat. ditahun ini jugalah Finas mula mengenalkan pertandingan Dokumantari.

Tahun 2006, aku mahu mencuba dokumantari, tapi aku tidak tahu dimana aku mahu mencari contoh skrip doko, hingga kemudiannya aku meminta contoh dari sahabat anak yg belajar di akademi tv3.dan dokumantari pertama ku, melenggang perut berjaya mendapat tempat ke 2, tampa ada pemenang tempat pertama sementara cereka, "bah Tilot" Bah Tilot diangkat oleh Nurhalim Ismail dan menjadi telemovie kemerdekaan negara, kisah perjuangan masyarakat orang asli yang membantu pihak tentera membebaskan tanah air dari komunis.

Tahun 2007, aku berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan penulisan dokumantari dengan tajuk "agub batu tulug' Aku benar-benar bangga dengan kejayaan dokumantari ini kerana ianya sebuah doku yang aku lahirkan melalui satu mimpi yang kemudiannya kisah dalam mimpiku itu bertepatan dengan kejadian ditempat sebenarnya di sabah.

Tahun 2008, itulah puncak kejayaan dalam pertandingan Finas, aku berjaya menjadi juara cereka berjodol "karam" kisah lagenda buaya putih di kuala kubu baharu,.

Tahun ini..pertandingan tahun 2009/2010, awalnya aku sudah malas, ada kata-kata yang menyuroh aku tidak terlibat lagi, namun Puan Sujiah Saleh, memberikan aku galakan, apa salahnya ko masuk, siti nurhaliza pun menang berkali-kali...lalu aku mencuba menulis filem pendek.... hasilnya, aku sudah menerima nya ....Finas adalah wadah yang mengacuku dalam penulisan skrip, aku dilahirkan oleh finas dan akan terus menyokong nya.



Aku tidak tahu apakah aku akan menyertai lagi ditahun-tahun akan datang....apa pun pada semua kawan-kawan ayuh teruslah, menang kalah bukan ukuran-itu adat bertanding tetapi sekurang-kurangnya ia dapat menilai tahap pemikiran kita, ianya dapat kita gunakan untuk memperbaiki kelemahan dan mempertingkatkan minda kita untuk terus mencuba dan memperbaiki tahap penulisan kita.