sebenarnya gambar dan kisah ini sudah lama saya upload dalam fb dan ada pihak yang menciplak nya malah "dia" mengatakan dia sendiri yang berjumpa pasangan ini ( dalam tulisannya di FB) hanya tuhan yang tahu ..
saya menemui pasangan ini ketika saya bersama team Dato Aziz Singah dan anaknya Bob membuat penggambaran tentang pebezaan adat minangkabau antara sumatera utara dan juga negeri sembilan , ketika saya sedang berehat di sebuah pekan kecil di payakumboh, saya terpandang pasangan ini, hati saya sangat hiba lalu mendekatinya...
Mulanya saya menjangkakan mereka berdua hanyalah peminta sedekah, bila saya hulurkan wang si isteri berkata.." kami bukan peminta bu.." kata si siteri dia membawa suaminya berjalan kerana dahulu sewaktu suami nya sihat , suaminya seing membawanya berjalan di pasar paya kumbuh ,
" sekarang dia sakit bu, giliran saya membawanya supaya dia tidak beku..." diletakkan suaminya meniarap diatas tilam usang supaya suaminya bisa sama memandang apa yang dia pandang,
bagitu setianya dan eratnya hubungan kasih sayang mereka... khususnya seorang isteri yang sanggup susah payah menarik suaminya di tengah kesebokan lalu lintas sedangkan suami pulak kalau bini sakit terperaplah bini di rumah.... baru sakit lutut pun dah jauh di tinggal di belakang...
bagi mereka yang hidup bersuami isteri hargailah perasaan dan hati maing-masing- bersamalah mencari redho Allah, semoga berpimpin tangan ke Jannah.
Sunday, 26 May 2013
Tuesday, 21 May 2013
satu kenangan yg ingin ku kongsi...
Apa yang ingin ku kongsikan ini bukan bertujuan mahu memburokkan sesiapa, cuma sebagai satu pedoman dan tauladan kepada wanita lain bahawa sesusah-susah kita masih ramai di luar sana yang lebih susah dan payah dari kita.
Bekas suamiku dulu memangnya kaki perempuan, aku adalah isterinya yang ke 7, sebelum aku dah 6 kali dia kahwin. waktu aku mula jumpa mak mertua, dia kata aku hanya akan tahan 3 tahun sahaja sebagai isteri anaknya kerana aku akan kalah dan tak mungkin tahan dengan perangainya.
Bagaimana pun aku bertahan selama 25 tahun. dan dia tidak berkahwin dgn perempuan lain, hanya sentiasa bertukar perempuan. mak mertua kata sebab utama aku bertahan kerana aku gila. betul jugak agaknya.
Apa yg aku lakukan hanyalah mengenali semua bekas isterinya, untuk bertanya apa sebabnya dia jadi seteruk itu, aku juga mengenali semua awek2nya, mana2 awek yg mulanya nak kahwin dgn dia ade yg sampai saat ini jadi macam saudara dengan aku. bagitu juga dengan bekas2 bini, sampai saat ini kami masih berkawan baik
x husben jenis yg berterus terang, tapi terlalu terang pun menyakitkan jiwa. tiap kali keluar rumah bila balik dia akan jadi type recorder-rewind balik semuanya yang terjadi termasuklah kalau dia dating dgn prm. tang mana dia pegang, kat mana dia cium semuanya di ceritakan, jiwa memanglah tenat, tapi terpaksa diam kerana malas nak gaduh x de faedahnya kerana bagiku lelaki jika dia memang nak buatbenda tak semenggah, halang macam mana pun dia akan buat.
iktiar saya? saya basuh seluar dalam dia dengan air lada. rendam dalam air rendaman cili kering. pas tu bilas bersih. pas kering gosok elok2.bila dia kata nak g dating, aku bagilah seluar tu..gerenti dia akan cepat balik.x semat nak wat apa... walaupun kadang naik kaki tangannya. x kisah lah setidaknya terhindar gak dia dari buat x senonoh.
lelaki nie jangan seekali kita halang. dia akan lebih seronok nak buat. sebenarnya, lama-lama dia sudah hilang sikap gila perempuannya- hilang langsung walau masih ramai yang cuba itu ini...cuma tu lah..ade lah pulak lain2 perangai yang buat aku hilang kesabaran ...
apa yang ingin aku kongsikan disini adalah, sebagai wanita kita kena banyak bersabar dengan ekrenah lelaki bernama suami, seperti baru ini di ruangan tanyalah uztaz ade wanita mengeloh kerana suminya tidak pernah memanggil namanya , x pernah panggil sayang...saya rasa itu masih lagi baik kerana sepanjang saya bersuami, suami memanggil saya babu, amah, binatang...dan entah apa2 ikut sedap mulut sahaja.
jadi pada"seorang kawan" yang sedang dilanda masalah, sabarlah... tuhan sedang menguji anda, dan ujian anda itu tak seteruk yang saya hadapi, elakkan perceraian, seboleh mungkin. demi anak2 kerana saya tahu dan kenal suami and jauh lebih baik dari x husben walaupun mereka pernah berkawan.
sayangi anak2 anda yg masih kecil, kesilapannya hanya kecil, itu pun bukan kerana disengaja kan..biarlah kita jadi manusi pemaaf yang sedia memaafkan kesilapan orang lain kerana allah sudah tentu akan memberikan kita selaut kemaafan dan kebahagian atas kemurahan hati kita..insaallah

MILIK SIAPA FOODCOUD INI
Di sini dulu
wak Sarni menjual tempe
dari kacang kedele yang direndam
busuk baunya
di rebus guna kayu api
di bungkus dengan daun
berebut-rebut orang membeli
duitnya di simpan, nak hantar anak keluar negeri.
di sini dahulu
lek Misman menjual sate
saban malam mengipas bara
tiap pagi menggoreng dan menumbuk kacang
kerana sate ayam dan daging
jadi enak bila pandai meramu kuahnya
duitnya di tabung,cita-cita anaknya nak jadi doktor.
di sini juga
kak Bedah menjual nasi lemak
harum wangi bau pandannya
merah menyala sambal ikan bilisnya
telor dibelah dua
sebungkus mumbung hanya 50 sen harganya
duitnya di kumpul, harapannya moga anak jadi menteri.
di sini hari ini
ada foodcoud megah berdiri
wak Sarni, lek Misman dan kak Bedah
sudah tiada lagi
anak-anak mereka sudah bergaji tingggi
mereka lebih suka datang membeli
khazanah yang sepatutnya mereka warisi
dan tidak pernah pula bertanya
foodcoud ini milik siapa
asmira Suhadis.
Hulu langat
Wednesday, 1 May 2013
Monday, 12 November 2012
KISAH SEORANG PESARA
ketika aku sedang duduk santai ditepi replika kuching di bandar Kucing Sarawak, tetina datang seprang lelaki china menyorong sebuah basikal, disandar kanbasikalnya di rimbun bunga dan dia mula menyelongkar tong sampah, dia dapat 2 tin kosong yang kemudiannya di injak-injak dan dimasukkan ke dalam beg plastik hitam yang di gantungkan di handle basikalnya,
ketika mahu berlalu, rengan mulut ku bertanya, mengapa awak buat kerja ini. seketia dia merenung aku.
katanya, inilah satu kerja yang tidak menyusahkan orang lain.saya tak kacau orang, tak merompak dan tak mencuri. kerja halal yang di pandang rendah oleh orang lain, katanya.
menurut lelaki yang berasal dari Pulau Pinang dan sudah berusia 73 thun, juga seorang pesara, mengatakan dia sudah penat, mencari duit di waktu muda untuk memenuhi tanggungjawab dan juga kemahuan anak-anaknya tanpa bantahan, tapi sekarang apa yang dia dapat?
katanay anak-anak selagi boleh mereka mahu mngorek dan mengikis duit mak bapak- nak senang mudah, bila kita tanya mereka ada duit tak, mereka kata tak cukup dan memang tak cukup manjang.jadi dengan membuat kerja mencari tin dia dapat mengelakkan boring duduk di rumah, dapat jugak dia bersenam percuma untuk kesihatan, malah dapat mengelak anak-anak meminta "pinjam" yang tak akan pernah berbayar oleh anak-anak.
dia diam seketika , kemudiannya dia bertanya, tak ada orang pernah mau tanya inicerita, orang tatak pernah peduli apa saya bikin, semua orang tengok saya sendiri pun macam sampah ,apa hal awak banyak sebuk?
aku hanya ketawa dan dia juga ketawa terbahak.bahak sambil meneruskan semula langkahnya,
ketika aku sedang duduk santai ditepi replika kuching di bandar Kucing Sarawak, tetina datang seprang lelaki china menyorong sebuah basikal, disandar kanbasikalnya di rimbun bunga dan dia mula menyelongkar tong sampah, dia dapat 2 tin kosong yang kemudiannya di injak-injak dan dimasukkan ke dalam beg plastik hitam yang di gantungkan di handle basikalnya,
ketika mahu berlalu, rengan mulut ku bertanya, mengapa awak buat kerja ini. seketia dia merenung aku.
katanya, inilah satu kerja yang tidak menyusahkan orang lain.saya tak kacau orang, tak merompak dan tak mencuri. kerja halal yang di pandang rendah oleh orang lain, katanya.
katanay anak-anak selagi boleh mereka mahu mngorek dan mengikis duit mak bapak- nak senang mudah, bila kita tanya mereka ada duit tak, mereka kata tak cukup dan memang tak cukup manjang.jadi dengan membuat kerja mencari tin dia dapat mengelakkan boring duduk di rumah, dapat jugak dia bersenam percuma untuk kesihatan, malah dapat mengelak anak-anak meminta "pinjam" yang tak akan pernah berbayar oleh anak-anak.
dia diam seketika , kemudiannya dia bertanya, tak ada orang pernah mau tanya inicerita, orang tatak pernah peduli apa saya bikin, semua orang tengok saya sendiri pun macam sampah ,apa hal awak banyak sebuk?
aku hanya ketawa dan dia juga ketawa terbahak.bahak sambil meneruskan semula langkahnya,
Monday, 29 October 2012
TEMPAT SEMADI SETEGUH CINTA.
Puisi ini adalah intipati dari kisah Agup btu Tuluq, kisah lampau
tentang kesetiaan cinta dan kasih sayang diantara suami isteri, diantara raja
dan raayatnya dan bangsa dan budaya yang sudah mula luntur pada manusia xaman
moden ini.
Agup Batu Tulug adalah gua batu kapur setinggi 39 meter yang jelas
kelihatan jika anda melalui jalan dari Kunak menuju Lahad Datu, di pantai Timur
Sabah.
Agup Batu Tulug menjadi tempat persemadian golongan bangsawan,
menempatkan keranda berusia 700 tahun hingga 900 tahun. statistik
menunjukkan terdapat sebanyak 125 keranda kayu diperbuat daripada kayu Belian
dan Merbau di Agop Batu Tulug. Perkataan 'agop' dalam bahasa Orang Sungai
bermaksud gua. Terdapat tiga gua yang utama, iaitu Agop Suriba (bawah) di
bahagian lantai hutan, Agop Lintanga (tengah) dan Agop Sawat (atas)
masing-masing dengan ketinggian antara 12 hingga 15 meter.
Dipercayai terdapat lebih 2000 keranda kayu balak yang seusia dengan
yang terdapat di Agop Batu Tulug yang mendiami di gua-gua batu kapur di sekitar
kawasan Lembah Kinabatangan, Sekaligus menjadikan Lembah Kinabatangan
sebagai salah satu tapak arkeologi yang terpenting di Malaysia.
Setiap keranda mempuyai keunikan tersendiri kerana mempunyai ukiran
figura haiwan seperti kepala kerbau, buaya, biawak, ular dan burung dibahagian
penutup keranda. motif-motif flora dan tumbuh-tumbuhan diukir pada
bahagian badan keranda.
Kesempatan mengunjunginya ketika membuat penggambaran Dokumantari
terbitan FINAS dengan kerjasana syarikat Nadirasa Budaya (M) Sdn Bhd, membuat
saya sangat teruja dengan kehebatan cinta Raja Tua Baturong dan Ratu Wodit
Onsuling, sekali gus menjadikan ianya satu warisan yang sangat Tinggi
nilainya di negeri bawah bayu ini.
Friday, 26 October 2012
bercuti atas nama seminar atau bengkel
Lama rupanya saya tak menjengah laman ini...entah mengapa yea..bagitulah..ada ketikannya kita terlalu leka dengan banyak benda, ada waktunya terlalu ikutkan perasaan hingga lupa lak nak melayan perasaan di tempat yang sewajarnya, bagitulah manusia yang selalu sahaja alpa dan leka.'
Alhamdulillah, sejak awal tahun saya banyak mengikuti berbagai bengkel dan seminar yang diadakan oleh berbagai pertubuhan baik di sekitar kuala lumpur maupun di luar, tahun ini nampaknya saya belum berkesempatan untuk duduk dan mengabadikan diri di hutan.
untuk menyertai bengkel atau seminar selalunya ada pemilihan, kadang beribu yang memohon tapi di pilih dan ditapis dan tentunya yang terpilih itu merasa sangat bertuah kerana selain kita mendapat ilmu kita mendapat kenalan baru disamping peninapan dan makanan yang sudah pastinya bertaraf bintang kalau di buat di hotel-hotel mewah.
oleh iu setiap peserta sudah sepatutnya untuk menjayakan program dengan sebaik-baiknya selaras dengan matlamat menganjur, tetapi apa yang menyedihkan adalah bila sebilangan peserta tidak menumpukan sepenuhnya pada bengkel atau seminar yang diadakan. Ada di antara mereka yang menggunakan kesempatan untuk "berehat-rehat" di bilik hotel. keluar hanya ketika makan atau pun minum petang...menjenguk ke dewan sekadar "tunjuk muka"
lebih rasa menyengalkan, bila ada yang berpasangan...bukanlah kita cemburu mereka berpasangan (suami isteri)dapat duduk sebilik, memang wajar pun) cuma ketidak hadiran mereka ke dewan iu yang medukacitakan, kepada mereka yang suka berbuat bagini, tidakkah mereka terfikir, ada ratusan yang lain yang bersungguh-sungguh mahu mengikuti seminar atau bengkel tetapi tidak dapat kerana kita yng terpilih dan kemudiannya kita mensia-siakan peluang itu kerana sikap kita sendiri- bukan kah ini satu kerugian buat semua?
Terpulanglah kepada kita semua, apakah kita berada di laluan yang sewajarnya dan tidak menghampakan orang lain atas sikap kita. kita semua bertanggungjawab terhadap sesama kita kerana kita hidup bermasyarakat, saling bantu membantu dan saling sokong menyokong diantara satu sama lain, janganlah hendaknya sokong membawa rebah, janganlah sampai alu dan lesung bertingkah, ayam yang kekenyangan dilaman....tepok dada tanyalah selera....
Alhamdulillah, sejak awal tahun saya banyak mengikuti berbagai bengkel dan seminar yang diadakan oleh berbagai pertubuhan baik di sekitar kuala lumpur maupun di luar, tahun ini nampaknya saya belum berkesempatan untuk duduk dan mengabadikan diri di hutan.
untuk menyertai bengkel atau seminar selalunya ada pemilihan, kadang beribu yang memohon tapi di pilih dan ditapis dan tentunya yang terpilih itu merasa sangat bertuah kerana selain kita mendapat ilmu kita mendapat kenalan baru disamping peninapan dan makanan yang sudah pastinya bertaraf bintang kalau di buat di hotel-hotel mewah.
oleh iu setiap peserta sudah sepatutnya untuk menjayakan program dengan sebaik-baiknya selaras dengan matlamat menganjur, tetapi apa yang menyedihkan adalah bila sebilangan peserta tidak menumpukan sepenuhnya pada bengkel atau seminar yang diadakan. Ada di antara mereka yang menggunakan kesempatan untuk "berehat-rehat" di bilik hotel. keluar hanya ketika makan atau pun minum petang...menjenguk ke dewan sekadar "tunjuk muka"
lebih rasa menyengalkan, bila ada yang berpasangan...bukanlah kita cemburu mereka berpasangan (suami isteri)dapat duduk sebilik, memang wajar pun) cuma ketidak hadiran mereka ke dewan iu yang medukacitakan, kepada mereka yang suka berbuat bagini, tidakkah mereka terfikir, ada ratusan yang lain yang bersungguh-sungguh mahu mengikuti seminar atau bengkel tetapi tidak dapat kerana kita yng terpilih dan kemudiannya kita mensia-siakan peluang itu kerana sikap kita sendiri- bukan kah ini satu kerugian buat semua?Terpulanglah kepada kita semua, apakah kita berada di laluan yang sewajarnya dan tidak menghampakan orang lain atas sikap kita. kita semua bertanggungjawab terhadap sesama kita kerana kita hidup bermasyarakat, saling bantu membantu dan saling sokong menyokong diantara satu sama lain, janganlah hendaknya sokong membawa rebah, janganlah sampai alu dan lesung bertingkah, ayam yang kekenyangan dilaman....tepok dada tanyalah selera....
Subscribe to:
Posts (Atom)