Tuesday 21 May 2013


satu kenangan yg ingin ku kongsi...


Apa yang ingin ku kongsikan ini bukan bertujuan mahu memburokkan sesiapa, cuma sebagai satu pedoman dan tauladan kepada wanita lain bahawa sesusah-susah kita masih ramai di luar sana yang lebih susah dan payah dari kita.
Bekas suamiku dulu memangnya kaki perempuan, aku adalah isterinya yang ke 7, sebelum aku dah 6 kali dia kahwin. waktu aku  mula jumpa mak mertua, dia kata aku hanya akan tahan 3 tahun sahaja sebagai isteri anaknya kerana aku akan kalah dan tak mungkin tahan dengan perangainya.

Bagaimana pun aku bertahan selama 25 tahun. dan dia tidak berkahwin dgn perempuan lain, hanya sentiasa bertukar perempuan. mak mertua kata sebab utama aku bertahan kerana aku gila. betul jugak agaknya.

Apa yg aku lakukan hanyalah mengenali semua bekas isterinya, untuk bertanya apa sebabnya dia jadi seteruk itu, aku juga mengenali semua awek2nya, mana2 awek yg mulanya nak kahwin dgn dia ade yg sampai saat ini jadi macam saudara dengan aku. bagitu juga dengan bekas2 bini, sampai saat ini kami masih berkawan baik
x husben jenis yg berterus terang, tapi terlalu terang pun menyakitkan jiwa. tiap kali keluar rumah bila balik dia akan jadi type recorder-rewind balik semuanya yang terjadi termasuklah kalau dia dating dgn prm. tang mana dia pegang, kat mana dia cium semuanya di ceritakan, jiwa memanglah tenat, tapi terpaksa diam kerana malas nak gaduh x de faedahnya kerana bagiku lelaki jika dia memang nak buatbenda tak semenggah,  halang macam mana pun dia akan buat.

iktiar saya? saya basuh seluar dalam dia dengan air lada. rendam dalam air rendaman cili kering. pas tu bilas bersih. pas kering gosok elok2.bila dia kata nak g dating, aku bagilah seluar tu..gerenti dia akan cepat balik.x semat nak wat apa... walaupun kadang naik kaki tangannya. x kisah lah setidaknya terhindar gak dia dari buat x senonoh.

lelaki nie jangan seekali kita halang. dia akan lebih seronok nak buat. sebenarnya, lama-lama dia sudah hilang sikap gila perempuannya- hilang langsung walau masih ramai yang cuba itu ini...cuma tu lah..ade lah pulak lain2 perangai yang buat aku hilang kesabaran ...

apa yang ingin aku kongsikan disini adalah, sebagai wanita kita kena banyak bersabar dengan ekrenah lelaki bernama suami, seperti baru ini di ruangan tanyalah uztaz ade wanita mengeloh kerana suminya tidak pernah memanggil namanya , x pernah panggil sayang...saya rasa itu masih lagi baik kerana sepanjang saya bersuami, suami memanggil saya babu, amah, binatang...dan entah apa2 ikut sedap mulut sahaja.

jadi pada"seorang kawan" yang sedang dilanda masalah, sabarlah... tuhan sedang menguji anda, dan ujian anda itu tak seteruk yang saya hadapi, elakkan perceraian, seboleh mungkin. demi anak2 kerana saya tahu dan kenal suami and jauh lebih baik dari x husben walaupun mereka pernah berkawan.

sayangi anak2 anda yg masih kecil, kesilapannya hanya kecil, itu pun bukan kerana disengaja kan..biarlah kita jadi manusi pemaaf yang sedia memaafkan kesilapan orang lain kerana allah sudah tentu akan memberikan kita selaut kemaafan dan kebahagian atas kemurahan hati kita..insaallah

2 comments:

  1. Entah mengapa selama mengenalimu saudari Asmira Suhadis semakin hari aku juga menjadi peminat nombor satu kamu. Harihari aku juga terpaksa membaca setiap posting yang saudari poskan kat wall facebook dan setiap itu jua akan aku tetapi dengan penuh minat.
    Baik dari selera masakan kamu, bicara trajedi seharian kamu cerita mat jenin malah kisah silam kamu jua satu kepuasan untuk aku menghayati, walaupun kekadang terasa jua perasaan ini bagaimana tabahnya hati kamu menghadapi dugaan yang berbagai....semuanya menjadi inspirasi jua pedoman dan satu pengorbanan yang hanya insan seperti kamu tabah menghadapinya. Semua ini akan menjadi pengajaran dan tatasusila kehidupan yang amat berguna sebagaimana seorang Asmira Suhadis telah melaluinya dan kini Allah telah berbalas kedukaanmu menjadi sebegini hari ini.
    Biar pun aku tak senasib dengan kamu namun manusia ini sebeginilah dugaan yang diberi Allah....ada yang susahsusah dahulu dan ada jua yang senangsenang kemudian namun janjinya tetap satu akan diberiNya balasan keatas kesabaran, ketabahan dan kejituan buat kita menghadapi segala dugaan dariNya. Percayalah Allah itu maha adil lagi syumul. Kini siapa yang tak mengenali saudari Asmira Suhadis, Singa yang berhutan dibelantara pun terkedu membaca setiap titipan tinta puisimu yang begitu bermakna malah apa saja butiran bicaramu semuanya menjadi kesukaan sahabatmu untuk menatapi dan menghayati apatah lagi kelu dan tersentuhnya naluri jiwa ini pabila menatapi kisah duka rumahtanggamu. Apaapa pun saudari Asmira Suhadis tetap tabah menghadapinya kerana anda sememangnya insan " TERISTIMEWA " dan diberkhati Allah selalu hendaknya. Terima kaseh kerana memberi peluang kepada ku untuk melayari blog mu demi sesungguhnya aku bertuah dipilih menjadi antara beriburibu sahabat tolanmu biar pun aku tak seberapa.
    Akhir kata aku doakan kehadarat Allah SWT semoga diberinya usia yang panjang kesihatan yang sehat walafiat walhidayah walajamain bersama anak dan cucu....jujur dan iklas dari Singa buat Duyung.

    ReplyDelete
  2. maaf saya terlambat membaca komen ini... terima kasih sahabat puisi, jangan anggap saya istimewa, saya masih lagi wanita biasa yang banyak kurangnya, sesekali nasib menyebelahi saya sesekali pula saya sendiri yang 'tak sadar diri' dan masih berusaha mencari diri.
    terima kasih sudi menjengok di sini... kita sama-sama belajar erti hidup dalam mencari redhonya.
    terima kasih sangat...

    ReplyDelete